Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMW Toyota Motor Memperkenalkan Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Sebagai Pengerusi Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMW Toyota Motor Memperkenalkan Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Sebagai Pengerusi Baharu

Selepas mengumumkan perlantikan Ravindran Kurusamy sebagai presiden baharu pada hujung Disember lalu, UMW Toyota Motor (UMWT) telah memperkenalkan pula pengerusi baharunya iaitu Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Dengan memiliki pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang pengurusan unit amanah, pelaburan dan kewangan korporat, beliau pernah menerajui Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai Presiden kumpulan dan CEO.

Menurut Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMWT, pihaknya sangat berkeyakinan terhadap kredibiliti Pengerusi baharu syarikat ini dan mampu menerajui kepimpinan pengurusan sedia ada.

“Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah dan Ravindran memiliki pengalaman yang luas dalam industri ini dan kami yakin mereka berdua mampu memimpin pasukan pengurusan dengan idea dan pendekatan baharu yang berkeupayaan memberikan lebih faedah terhadap syarikat,” ujarnya sewaktu majlis memperkenalkan kedua-dua pemimpin baharu UMWT berkenaan.

Dalam masa yang sama, Akio mewakili pihak pengurusan UMWT turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat pengerusi terdahulu Tan Sri Asmat Kamaludin di atas sumbangan beliau sepanjang menerajui syarikat ini. Tan Sri Asmat telah menyertai UMW Group dan UMWT sejak tahun 2001 selepas bersara dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Begitu juga dengan Datuk Ismet Suki yang pernah memegang jawatan sebagai Presiden UMWT sebelum ini, “Datuk Ismet memiliki banyak perancangan yang terbaik untuk syarikat, malah turut menyumbangkan pelbagai idea yang bernas bagi memantapkan lagi kedudukan UMWT,” ujar Akio lagi.

Turut hadir sama dalam majlis memperkenalkan kedua-dua pemimpian baharu UMWT dan penghargaan buat pemimpin sebelumnya ialah Hiroyuki Fukui, Pegawai Pengurusan Toyota Motor Corporation (TMC), Badrul Feisal Abdul Rahim, Presiden & CEO Kumpulan UMW Holdings Bhd serta tetamu-tetamu lain dari TMC, Toyota Motor Asia Pacific, wakil-wakil Toyota dari Rantau Asia Pasifik, wakil Kedutaan Jepun, dan rakan kongsi lain.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzb1sK

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.