Joe Tinggalkan Wings, Bawa Haluan Sendiri
KUALA LUMPUR 28 Feb.- Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie mengesahkan kumpulan rock terkenal itu kini hanya tinggal bertiga, selepas gitarisnya Joe, membawa haluan sendiri.
Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, keputusan berkenaan diambil oleh Joe selepas mereka mengadakan perbincangan.
“Wings kini hanya bertiga, kami akan teruskan perjuangan tanpa Joe buat masa ini.
“Bagi Wings ketiadaan Joe tidak akan memberi kesan kepada perjalanan muzik Wings kerana kekuatan Wings adalah pada namanya dan bukan kerana individu itu sendiri,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama, di Istana Budaya, di sini sebentar tadi. Media difahamkan Joe juga sudah mengasas sebuah kumpulan muziknya sendiri.
Menolak untuk menjelaskan punca Joe meninggalkan Wings, Awie berkata, buat masa ini beliau melihat tiada keperluan untuk Wings mencari gitaris baharu.
“Ahli muzik keluar masuk dalam sesebuah kumpulan adalah perkara biasa, bukan berlaku ke atas Wings sahaja.
“Sebelum ini Wings juga pernah kehilangan vokalis tetapi Wings masih meneruskan perjuangan. Buat masa ini kami tidak akan mencari gitaris baharu. Kami selesa bertiga,” jelasnyanya.
Selain Awie dan Joe, Wings turut dianggotai oleh Black selaku pemain drum dan Eddie (pemain bass).
Sementara itu, konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama yang akan diadakan pada 6 hingga 9 April depan bakal menjadi konsert pertama kumpulan berkenaan tanpa Joe.
Selain Wings, penyanyi-penyanyi lain yang turut diundang menjayakan konsert berkenaan ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M.Nasir, Datuk Ramli Sarip dan ramai lagi. – UTUSAN ONLINE
Comments
comments
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lSKFBV✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment