Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cub Prix : Tengku Amirul Tekad Rampas Kejuaraan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cub Prix : Tengku Amirul Tekad Rampas Kejuaraan

Tengku Amirul Haffirudin. -Foto Owee Ah Chun.

KUALA LUMPUR: Tengku Amirul Haffirudin bertekad menebus kesilapannya terlepas gelaran keseluruhan kelas CP115 pada kempen Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016.

Tahun lalu, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu menjadi pilihan utama untuk meraih gelaran, namun pemburuannya tidak kesampaian apabila trofi kejuaraan diidamkan terlepas ke tangan Mohd Akid Aziz.

Justeru untuk musim ini yang dijadual membuka tirainya di Temerloh, Pahang pada 4 dan 5 Mac ini, Tengku Amirul nekad untuk kekal dalam kelas berkenaan dan memperbaiki kesilapan dilakukannya musim lalu.

Namun, Tengku Amirul yang hanya meraih tangga ketiga keseluruhan musim lalu berdepan laluan sukar apabila sekali lagi perlu mengatasi Akid dan naib juara, Mohd Haziq Fairues (PETRONAS Yamaha Maju Motor) – yang turut kekal beraksi dalam kelas berkenaan.

Mengulas mengenai ‘ulangan’ persaingan antara mereka kali ini, Tengku Amirul berkata: “Situasi ini jarang berlaku dalam kelas CP115.

“Selalunya juara akan beralih ke kelas perdana pada musim berikutnya namun disebabkan pengenalan kategori CP150 pada tahun ini, kebanyakan pasukan memilih untuk menggunakan pelumba yang lebih berpengalaman.

“Jadi ia juga adalah antara sebab kenapa saya, Akid dan Haziq kekal dalam kelas CP115. “

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lue7NL

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.