Pelakon Ary Malik Kembali Ke Rahmatullah
Kuala Lumpur, 28 Feb – Pelakon dan pengacara, Ary Malik, 46, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira jam 7.17 malam tadi.
Beliau meninggal dunia akibat kanser ovari tahap empat yang dihidapinya
Menurut rakan baik keluarganya yang dikenali sebagai Sam, Ary menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin dan juga keluarga, lapor Utusan Online.
Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan berita sedih itu dan berkata jenazah dijangka dibawa ke Masjid Kem Wardieburn dan berkemungkinan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota.
Petang tadi, berita tidak benar mengenai kematian arwah tersebar di media sosial.
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Al-Fatihah.
Sumber: Utusan Online
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lue84hPelakon & pengacara, Ary Malik, 46, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser ovari jam 7.17 malam tadi.— Harian Metro (@hmetromy) February 28, 2017
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment