Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Mi Box Kini Di Malaysia Dengan Harga RM349 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Mi Box Kini Di Malaysia Dengan Harga RM349

Harga Xiaomi Mi Box Di Malaysia

Akhirnya Xiaomi Malaysia telah membawa masuk Xiaomi Mi Box ke pasaran tempatan. Bagi yang ingin mencuba Android TV boleh dapatkan Xiaomi Mi Box bermula Jumaat ini dengan harga serendah RM349.

Di Malaysia, terdapat beberapa peranti popular khas untuk TV anda termasuk Chromecast dan juga AppleTV. Dengan kehadiran Xiaomi Mi Box ini akan memberi kelebihan pada pengguna untuk membuat pilihan yang lebih baik. Tambahan pula Mi Box menawarkan harga yang lebih rendah berbanding AppleTV dengan pelbagai fungsi jauh lebih baik berbanding Chromecast.

Mi Box menggunakan sistem Android TV versi 6.0 yang turut menyokong output sehingga resolusi 4K pada 60fps. Ianya juga menyokong video HDR serta kawalan suara melalui remote kawalan yang di sediakan. Didalamnya, peranti kecil ini dikuasai dengan CPU Quad-Core, 2 GB RAM serta 8 GB memori dalaman yang cukup untuk memuatkan aplikasi multimedia dan juga permainan.

Harga Xiaomi Mi Box Di Malaysia

Selain Wifi dan Bluetooth, Mi Box juga menyokong sambungan Port USB 2.0 yang terdapat di bahagian belakangnya. Jadi, anda boleh juga menonton kandungan media melalui pendrive atau pun external Hard Disk ke TV anda.

Anda juga boleh mendapatkan kandungan seperti Movie, Aplikasi dan Games di Google Play serta Mi Box juga menyokong penggunaan Fungsi Google Cast. Maksudnya anda boleh menonton sebarang video dari PC atau Smartphone ke TV dengan sambungkannya melalui pelayar web Chrome. Xiaomi juga ada menawarkan Mi Game Controller untuk sambungan ke Mi Box. Namun ianya boleh dibeli secara berasingan.

The post Xiaomi Mi Box Kini Di Malaysia Dengan Harga RM349 appeared first on Mesra Mobile.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ljuyLV



✍ Sumber : ☕ Mesra Mobile


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.