Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini Creators Update Membolehkan Pengguna Menjadualkan Waktu Kemaskini Windows 10 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini Creators Update Membolehkan Pengguna Menjadualkan Waktu Kemaskini Windows 10

Masalah terbesar yang dihadapi oleh para pengguna sistem operasi Windows 10 semestinya waktu kemaskini yang rawak dan ini semestinya amat menjengkelkan. Kemaskini ini akan datang tanpa memberi salam, dan akan memulakan semula komputer tanpa kebenaran pengguna.

Microsoft nampaknya menyedari masalah ini dan akan memperbetulkannya dengan kemaskini besar Windows 10 Creators Update . Kemaskini ini bakal memberikan para pengguna beberapa fungsi baru seperti Paint 3D dan HoloTours yang menggunakan peranti realiti maya HoloLens.

Akan tetapi, kemaskini yang paling penting Creators Update ini semestinya kebolehan untuk menjadualkan kemaskini wajib Windows 10 pada waktu lain yang tidak mengganggu kerja dan aktiviti harian pengguna.

Dengan fungsi ini pengguna boleh menunda kemaskini Windows 10 selama tiga hari ataupun menjadualkan kemaskini tersebut pada waktu mereka tidak menggunakan komputer. Selain daripada itu, pengguna juga boleh menetapkan waktu kemaskini wajib tersebut tidak boleh dilakukan.

Kemaskini ini sangat penting sehinggakan pihak Microsoft menunjukkan screenshot untuk menu tersebut. Mereka sedang meminta orang ramai untuk memberikan maklum-balas mereka tentang fungsi baru ini.

Kemaskini Creators Update dijangka tiba seawal April ini. Bagi mereka yang bosan dengan kemaskini yang kerap mengganggu produktiviti, ia pastinya amat dinantikan kehadirannya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lzR4jG



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.