Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Tak Nak Beg Ni, Saya Nak IPhone Jer” – Pencuri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Tak Nak Beg Ni, Saya Nak IPhone Jer” – Pencuri

"Saya Tak Nak Beg Ni, Saya Nak iPhone Jer" - Pencuri“SAYA tak nak pun beg ni, saya nak iPhone ni je.”

Mendengarkan pengakuan sebegini daripada si tangan panjang pastinya membuatkan sesiapa sahaja berasa geram dan marah.

Lebih menyedihkan lagi, pencuri terbabit merupakan seorang wanita yang bertudung!

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Anna Lee mendakwa beg tangannya dicuri wanita terbabit ketika dia sedang menunaikan solat di surau sebuah pusat beli-belah.

"Saya Tak Nak Beg Ni, Saya Nak iPhone Jer" - Pencuri

Bagaimanapun, mangsa berjaya menghubungi pencuri itu yang kononnya mengaku bersalah hanya selepas diugut gambarnya disebarkan.

Tak mahu mengaku kalah, pencuri itu pula merayu kepada mangsa agar memberikan kata laluan yang digunakan untuk membuka kunci skrin iPhonenya.

“Dia ingat kita ni sama-sama bodoh macam dia? Kalau kita tak dapat telefon tu, tak ada makna dia akan dapat.

“Simpanlah apple digigit semut yang tak berfungsi bersama dengan dosa kau tu,” katanya.

Difahamkan, kes kecurian sedemikian memang kerap berlaku di surau berkenaan.

Perkongsian status itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tepuk dahi melihatkan perangai manusia kini yang hanya ‘Islam hanya pada pakaian sahaja’.

Nak tak nak, terpaksalah Anna pasrah dengan kehilangan beg dan ‘apple digigit semut’ itu. Semoga pencuri itu tersungkur jua suatu hari nanti,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mRLWbx

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.