F1: Jentera 2017 Ingatkan Raikkonen Era Awal Karier
Kimi Raikkonen
BARCELONA: Pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen berkata jentera Formula Satu (F1) generasi 2017 bersama peraturan teknikal baharu ditambah penggunaan tayar lebih besar dan lebar dari Pirelli mengingatkannya kepada era awal kariernya.
Pelumba dari Finland itu mengakhiri hari keempat sesi ujian pramusim rasmi perlumbaan berkenaan, semalam selaku pemandu terpantas bersama jentera baharu Ferrari, SF70H dengan catatan 1 minit 20.872 saat (s) di Litar Catalunya.
Memiliki pengalaman luas di F1 sebagai persediaan menghadapi musim ke-15 dalam sukan perlumbaan elit itu, Raikkonen merasakan jentera baharu pada musim ini memiliki persamaan dengan rekaan era tahun 2000 dengan penambahan kelajuan yang dilihat ketika ujian pertama pramusim perlumbaan berkenaan.
“Ada perubahan yang besar dengan peraturan, jadi mereka memiliki lebih cengkaman dan jentera menjadi lebih laju disebabkan perkara itu,” kata Raikkonen.
“Ia berbeza, namun mereka lebih kepada apa yang kami biasa sebelum ini. Ia berbeza, namun ia bergantung sama ada lebih pantas dan mudah untuk dikendalikan. Saya fikir sentiasa sukar untuk menjadi lebih pantas, namun saya menggemarinya, jadi ia baik.
“Saya fikir ia berjalan dengan baik, hampir kepada apa yang kami rancangkan, namun anda sentiasa mengharapkan yang lebih di sana dan sini.
“Namun ini adalah apa yang kami lakukan dalam tempoh empat hari dan jika kami membandingkannya dengan apa yang kami lakukan setahun lalu, saya fikir ia lebih banyak daripada apa yang kami mahukan. Jadi ia permulaan yang baik.”
Di sebalik musim penuh sukar pada 2016 dengan Ferrari gagal memenangi satu pun perlumbaan selain peletakan jawatan Ketua Teknikal, James Allison di pertengahan saingan, Raikkonen mengharungi kemajuan positif dengan pasukan itu tampak bersedia untuk memburu kejuaraan dunia.
“Saya fikir keadaannya positif setiap masa dan kami bekerja dengan baik bersama-sama, namun kami yang sentiasa mengatakan ada perasaan negatif di sana dan sini,” katanya.
“Pasukan tidak banyak berubah berbanding tahun lalu dan ia mengujakan untuk memulakan tahun baharu,” katanya. – AGENSI
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m1w1sk✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment