Hi! Welcome Back and Stay Tune! Resepi Ayam Masak Bali Paling Sedap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Resepi Ayam Masak Bali Paling Sedap

Salam semua pembaca setia blogopsi.com hari ini saya nak ingin kongsikan resepi ayam masak bali. apa yang anda fikirkan apabila mendengar kata “bali”? landskap alam yang sangat cantik dan ramai pelancong yang melawat ke sana. tetapi entry saya ini tak akan share mengenai kecantikan bali indonesia.

saya teringat dahulu apabila bercuti honeymoon bersama my husband iaitu ke bali dan cuba macam-macam makanan bali tetapi favorite saya adalah ayam masak bali kerana rasanya yang sangat sangat sedap.

Resepi Ayam Masak Bali

Resepi Ayam Masak Bali

berbeza dengan resepi ayam masak merah yang pernah saya kongsikan makanan ini memiliki kelainan iaitu terletak pada daun kari yang dimasukan semasa menumis juga jumlah serai yang banyak hingga resepi ini saya guna sampai 8 batang.

resepi ini juga guna banyak bawang sebab banyak bawang baru sedap. menu ini memang simple dan bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan rasanya juga sedap. saya gunakan 1 ekor ayam dengan saiz sederhana.

resepi ini pernah menjadi viral di facebook sebab ramai orang malaysia suka dengan masakan ini. boleh jadi beberapa masa depan ayam masak bali boleh menjadi kegemaran semua masyarakat malaysia.

kerana resepi yang saya kongsikan ini ditulis dengan anggaran 1 ekor ayam, jika anda ingin memasak cuma setengah ekor ayam. kurangkan bahan anggaran separuhnya. resepi ini sangat sesuai bila anda wanita bekerja dan ingin menu yang senang dimasak.

jom kita mula sahaja resepinya dibawah

Bahan-Bahan

  • 1ekor ayam – potong sesuai selera, cuci bersih dan toskan
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukupnya
  • sedikit air
  • serbuk kunyit – nak gaulkan dengan ayam
  • 8 batang serai – dititik
  • 6 tangkai daun kari
  • kicap manis secukupnya
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 senduk cili kisar – bila anda suka pedas
Bahan Kisar Halus
Resepi Ayam Masak Bali Paling Sedap
  • 6 biji bawang merah besar
  • 13 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inchi belacan
  • 2 inchi halia
Cara Penyediaan
1. mula ayam yang sudah dicuci bersih gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam kemudian panaskan minyak dalam kuali. goreng ayam hingga separuh masak kemudian angkat ayam dan toskan.
2. dalam minyak yang sama (anggaran 1 cawan) boleh kurangkan bila terlalu banyak. tumis daun kari bersama serai hingga harum atau nik bau. lepas tu masukan bahan kisar halus dan chili kisar. masak hingga naik bau dan pecah minyak.
Resepi Ayam Masak Bali
3. masukan ayam bersama kicap manis dan tuangkan sedikit air. kacau rata dan masak hingga kuah menjadi pekat. 
4. akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam. kacau rata, biarkan sekejap dan ayam siap untuk dihidangkan.
bila semasa memasak kuah agak kering boleh tambahkan sedikit air, kunci utama menghasilakn ayam maska bali yang sedap adalah mesti pandai balance gula, garam dan kicap. oke, sampai jumpa di entry sedap selanjutnya.

Postingan terkait:

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2myOlMm

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.