Hi! Welcome Back and Stay Tune! 57 Lagi Pelajar Telah Dikesan Menghidap Gejala Penyakit Seperti Influenza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

57 Lagi Pelajar Telah Dikesan Menghidap Gejala Penyakit Seperti Influenza

TELUK INTAN: 57 lagi pelajar telah dikesan menghidap gejala penyakit seperti influenza (ILI) di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di sini

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata pelajar yang terdiri daripada 41 lelaki dan 14 perempuan itu merupakan pelajar asrama sekolah terbabit.

“Kesemuanya telah dirawat sebagai pesakit luar dan 29 daripada mereka terdiri daripada 16 lelaki dan 13 perempuan kini diisolasi di asrama serta dalam keadaan stabil.

“Siasatan masih diteruskan  bagi mengesan kes-kes baru di kalangan pelajar yang tinggal di asrama dan juga pelajar harian,” kata beliau dalam kenyataan yang baru dikeluarkan sebentar tadi.

Tambah beliau sebanyak 15 sampel juga telah diambil untuk memasrikan jenis jangkitan ILI tersebut.

“Seramai 428 pelajar telah terdedah dengan jangkitan berkenaan di sekolah tersebut,  228 orang pelajar asrama dan 200 pelajar harian,” ujar beliau.

Pada pagi Jumaat, Mah telah memberitahu seramai 216 pelajar di tiga sekolah di Ipoh, telah disahkan terkena jangkitan Influenza A (H3) atau selesema bermusim.

Beliau berkata kesemua pelajar yang dikesan terkena jangkitan itu adalah seramai 129 pelajar dari Sekolah Raja Perempuan Taayah (SRPT), 84 pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) dan tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang.
 
Jelas beliau, jangkitan tersebut telah disahkan selepas Jabatan Kesihatan negeri melakukan analisis terhadap 12 sampel di SRPT dan STAR.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m9BfRS

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.