Rahsia Jana 4 Angka Dengan Bisnes Air Balang
Bagi musim panas seperti sekarang ini mulalah anda mencari air kegemaran anda dimerata-rata tempat termasuklah di pasar malam. Macam-macam air dijual seperti air kelapa, jagung, jambu dan macam-macam lagi. Tambahan pula, dengan bulan puasa tidak lama lagi lebih kurang 3 bulan dari sekarang, mesti bisnes air balang ini menjadi daya tarikan utama untuk menjana 4 angka hanya mulakan bisnes air balang sahaja.
Bisnes Air Balang Memang Menguntungkan
Kalau anda perhatikan di pasar malam, mesti anda perasan banyak orang yang menjalankan ‘Bisnes Air Balang‘ ini. Pelbagai aneka air yang dijual mengikut citarasa pelanggan! Memang tak percayalah hanya bermodal kecil tapi berjaya menjana dengan 4 angka!
Kos Mulakan Bisnes Air Balang
Bagi anda ingin ketahui kos memulakan bisnes air balang memang memerlukan modal yang sedikit tapi menghasilkan pulangan yang lumayan. Tak percaya? Saya sendiri pernah bertanya kepada seorang pak cik ini bagaimana pak cik boleh menjana sehingga 4-5 ribu hanya membuat bisnes air balang sahaja. Memang berbaloilah!
Kos permulaan untuk bisnes ini hanya rendah sahaja hanya bermodalkan 1 ribu sahaja merangkumi peralatan seperti kanopi, balang air dan meja. Untuk kos membuat air lebih kurang RM 100 dalam sehari.
Bayangkan….Contoh kalau anda jual air kacang soya:
1 Kg kacang soya dan 3 beg ais – RM 15
Satu balang air untuk dijual – 140 cawan
Andaikan 1 cawan – RM 1
Jumlah untung – RM 140
Memang menguntungkan!!!
Bagi anda yang meminati atau ingin menceburi Bisnes Air Balang ini, jangan risau anda boleh dapatkan ‘Panduan Jana 4 Angka Dengan Bisnes Air Balang‘.
Jus Air Balang Yang Paling Menguntungkan dan Popular
Kalau anda selalu ke pasar malam mahupun bazar ramadan, mesti anda terpandang banyak gerai yang menjual pelbagai jenis jus air balang seperti jus oren, epal, jambu dan macam-macam lagi.
Antara jus yang paling popular adalah:
*Jus tembikai susu
*Jus tembikai
*Jus jambu
*Jus mangga
*Jus epal
*Jus asam boi
Bagi anda yang ingin ketahui rahsia bisnes air balang dengan mendapat hasil pulangan lumayan, klik – Rahsia Bisnes Air Balang
Panduan Memulakan Bisnes Air Balang
Sebelum memulakan bisnes air balang ini, anda perlu ketahui panduan memulakan terlebih dahulu. Antara rahsia berjaya memperolehi keuntungan besar seperti berikut:
1-Tips Memilih Lokasi Tapak Niaga/Bazar
2-Cara Memohon Tapak Niaga
3-Persediaan dan Pengurusan Masa Berniaga
4-Rahsia Sulit Jus Yang Laris
5-Resepi Jus Top Best Seller
Sekiranya anda ingin ketahui tentang tips atau panduan mengenai Rahsia Bisnes Air Balang dengan 4 angka, boleh rujuk didalam Ebook ini – ‘Panduan Memulakan Bisnes Air Balang‘.
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment