Maya Karin ‘Dambakan’ Lelaki Penyayang Lepas Putus Cinta
Spread the love
Pelakon Maya Karin mengakui baru lepas putus cinta namun enggan mendedahkan individu yang pernah menghuni ‘hatinya’.
Terbaru, pelakon filem Ombak Rindu ini dikatakan mahu mencari lelaki penyayang bagi bersama melayari kehidupan rumah tangga nanti.
Sebuah portal hiburan melaporkan, Maya baru sahaja putus cinta beberapa bulan lalu dan menolak dakwaaan dia membawa diri dengan bercuti baru-baru ini.
“Memang menjadi kebiasaan saya untuk bercuti panjang, kebetulan ada yang ajak saya bercuti jadi saya mengikut sahaja.
“Saya tak nafikan saya baru berpisah, tapi bukannya bercuti untuk mengubati perasaan, sebaliknya bercuti bersama rakan serta keluarga,” katanya.
Maya pernah berkahwin dengan seorang jejaka kelahiran Britian iaitu Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah pada 14 Ogos 2008 tetapi telah bercerai pada 2010. – MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment