Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairy Ke Manila Untuk Larian Baton Sukan SEA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairy Ke Manila Untuk Larian Baton Sukan SEA

KHAIRY Jamaluddin. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bakal ke Manila untuk mengambil bahagian dalam Larian Baton Bangkit bersama sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, Ahad ini.

Filipina menjadi destinasi kedua dalam siri Larian Baton Bangkit Bersama selepas Brunei Darussalam yang berlangsung pada Ahad lalu.

Larian Baton Bangkit Bersama di Manila akan menyaksikan larian sejauh 7.2 kilometer bermula pada jam 6 pagi di Istana Malacanang dan dijadualkan melintasi lokasi ikonik Filipina seperti Luneta, Rajah Sulayman Park dan Rizal Memorial Sports Complex.

Pemenang pingat perak acara angkat berat wanita di Sukan Olimpik Rio 2016, Hidilyn Diaz, diundang sebagai pelari utama pertama larian baton berkenaan.

Delegasi Malaysia ke Manila juga disertai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abd Kadir Nik Mohammad, serta Ketua Pegawai Operasi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL 2017, Shaiful Zahrin Subhan.

Selepas tamat larian, baton itu akan diserahkan Pengerusi Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC), William I Ramirez, kepada Duta Laos ke Filipina, Phoxay Khaykhamphithoune, sebagai tanda simbolik jelajah Larian Baton Bangkit Bersama ke negara terbabit.

Sebelum ini media melaporkan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bakal mencatat legasi dan tanda aras baharu dengan pengenalan Larian Baton-Bangkit Bersama yang membabitkan larian di 10 ibu kota di Asia Tenggara.

Larian berkenaan menjadi titik bersejarah dalam penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN kerana acara seumpama itu belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana negara tuan rumah di rantau ini.

Ia diadakan sempena Sukan SEA Ke-29 dari 19 hingga 31 Ogos dan Sukan Para ASEAN Ke-9 pada 17 hingga 23 September yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

Purata jarak larian itu adalah sejauh 10 kilometer (km) yang terdiri daripada enam stesen iaitu garisan permulaan, empat titik pertemuan dan garisan akhir dengan jarak dua km antara setiap stesen.

Larian itu juga akan melalui lokasi ikonik di sekitar ibu negara terbabit seperti Istana Malacanang di Filipina, Singapura Lion di Singapura dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Brunei.

Berikutan itu, Khairay akan turut serta dan menyerahkan baton pada wakil negara hos larian baton di lima negara iaitu Thailand, Singapura, Filipina, Brunei dan Laos.

Larian akan diteruskan dari satu bandaraya pertemuan ke lokasi pertemuan lain sehingga ke garisan akhir yang kemudiannya akan diserahkan kepada Duta Besar negara hos yang seterusnya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ncSm6r

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.