Hi! Welcome Back and Stay Tune! Filem Munafik 2, Syamsul Yusof Nafi Kenyataan Yang Dibuat Nabila Huda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Filem Munafik 2, Syamsul Yusof Nafi Kenyataan Yang Dibuat Nabila Huda

Filem Munafik 2, Syamsul Yusof Nafi Kenyataan Nabila Huda

Pengarah Syamsul Yusof telah membuat kenyataan tentang filem sekual Munafik yang dinanti ramai.

Syamsul telah mengesahkan Maya Karin bakal menjadi watak utama dalam filem Munafik 2.

Selain Maya, Syamsul pula mengekalkan wataknya sebagai pelakon utama filem itu.

Dia juga menjelaskan dan menafikan kenyataan Nabila Huda yang mengatakan dia menolak untuk berlakon filem Munafik 2 kerana terbabit dengan drama ebrsiri lain.

Kata Syamsul pula,  watak Maria yang dilakonkan oleh Nabila Huda sebelum ini sudah mati oleh itu dia tidak diambil berlakon.

Pengarah ini juga tampil menafikan lakonan Nabila Huda adalah penanda aras kepada kejayaan filem itu dan dia yakin dengan Maya Karin.

Ini komen Syamsul Yusof: (mStar)

“Nabila tak berlakon bukan sebab dia menolak, tapi saya tak ambil. Saya juga yang memilih Maya dan ia memang betul,”
 

“Saya tak terkejut pun dengan keputusan ini kerana saya juga yang menulis skripnya. Watak Maria memang sudah dimatikan dan tak boleh disambung,”

“Skrip dan pengarahan adalah penanda aras filem ini. Kekuatan sesebuah filem bukan terletak kepada seorang pelakon saja. Ia terbukti dengan lambakan filem tak laku walaupun dibintangi pelakon terkenal,”

Filem Munafik yang ditayangkan tahun lalu mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM19 juta.

Nabila Huda dan Syamsul Yusof menjadi watak utama dalam filem ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m9HvZM

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.