Hi! Welcome Back and Stay Tune! Derita Si Comel, Anak Ular Tersekat Dalam Hidung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Derita Si Comel, Anak Ular Tersekat Dalam Hidung

Spread the love

SEEKOR kucing betina peliharaan sebuah keluarga dari Mendocino County, California berdepan detik cemas apabila seekor anak ular tersekat dalam hidungnya.

Menerusi video berdurasi satu minit lebih itu, kucing peliharaan yang diberi nama Marian itu dilihat menjilat-jilat badan anak ular yang terjuntai dari lubang hidungnya.

Seorang lelaki cuba menenangkan haiwan peliharaan milik isterinya sebelum bertindak menarik keluar reptilia tersebut yang mengganggu saluran pernafasan Marian.

Marian didapati tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi mengalami sedikit bersin setelah anak ular tu dikeluarkan dari lubang hidungnya.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya berkata “Kucing peliharaan isteri saya gagal memakan mangsanya. Mudah-mudahan lain kali dia (Marian) tidak lupa untuk mengunyahnya.

“Kepala anak ular itu terjuntai keluar. Kami menduga Marian cuba memakannya namun reptilia itu berjaya keluar melalui saluran pernafasannya.”

“Rasa ingin tahu tidak boleh membunuh kucing itu tetapi ia membuatkannya rasa tidak selesa,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi netizen pula berkata “Kucing kadang-kadang tidak cerdik. Nasib baik anda membantunya mengeluarkan reptilia tersebut.”

Video insiden yang menimpa kucing tersebut sebenarnya berlaku pada September 2009 dan pernah dikongsi oleh seorang pengguna laman penstriman video Youtube ‘natemanafter’ namun kembali sensasi beberapa hari ini. -MYNEWSHUB.CC

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mUONUD

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.