Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Gambar) Ratusan Kambing Di Ladang Saya Mati Dalam Keadaan Ngeri Tengku Patah, Mata Dikorek, Mulut Hancur Seperti Dikunyah Angkara Sihir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Gambar) Ratusan Kambing Di Ladang Saya Mati Dalam Keadaan Ngeri Tengku Patah, Mata Dikorek, Mulut Hancur Seperti Dikunyah Angkara Sihir

Perbuatan haram sihir menyihir atau santau menyantau bukanlah perkara baru, ada yang mengatakan ianya sudah tidak wujud pada zaman moden ini, tetapi ramai yang mendakwa ianya masih diamalkan kerana pernah menjadi mangsa.

Terbaru, seorang mengusaha ladang kambing bernama Encik Ariffin Sabirin ladang kambing yang telah diusahakannya telah dikhinat di mana sesuatu yang mengerikan telah berlaku kepada kambing-kambing peliharaannya.

Menurut beliau ladangnya telah disihir berkali-kali sehinggakan ratusan ekor kambingnya mati dalam keadaan yang mengerikan. Jom kita baca.

SAYA SEORANG POSITIF.


Dengan pengalaman meniaga belasan tahun aku pulang ke Segamat selepas 27 tahun dengan nawaitu untuk membantu menaikkan nama Segamat & melonjak sosio ekonomi penduduk tempatan.


Wasilah Farm ditubuh & strategi diolah. Nama dilonjak sehingga peringkat negeri jadi sebutan.


SAYA SEORANG POSITIF.


Selama 19 bulan beroperasi aku dihujani serangan sihir tanpa henti dari penduduk tempatan yang tidak senang dengan kemajuan Wasilah Farm . Hantu raya , bomoh indon, bomoh siam, bomoh orang asli, bomoh hindu semuanya dihantar siang & malam.


Kandang bergegar setiap waktu. Dihempas jin laknatullah setiap detik.


Ratusan kambing mati dalam keadaan ngeri tengkuk dipatah , mata dikorek , mulut dikunyah. Pekerja sakit. Saya sekeluarga sakit. Kata kawan yang pandai syifaq penduduk tempatan yg beraja sihir & mabuk syirik itu saat ini sedang ketawa berdekah mencanang galak atas kejayaannya mematahkan semangatku.


Takbur angkuh persis iblis yg hidup penuh nafsu & tak kenal maut. Gelak mengilai tanda kepuasan matlamat tercapai.


SAYA SEORANG POSITIF.


Tahajud , taubat , muhasabah menjadi ubat. Aku tidak kalah semangat sebaliknya menang menjaga akidah. Bukan mengalah sebaliknya enggan mengikut langkah tari iblis bertopeng manusia. Allah Maha Kuasa & hanya padaNya ku berserah. Dialah pelindung sejati selama2nya. Kau syirik bakal beriring ke neraka bersama jin belaanmu.


SAYA SEORANG POSITIF.


Walau pelbagai usaha dibuat gagal mengekang jin laknatullah & manusia bertopeng iblis. Aku pilih mengundur diri untuk menyelamat akidah. Aku pilih menarik diri keluar dari daerah tercinta ini dari terjebak sesat akidah bila kesabaranku pecah.


Rezeki ku mungkin bukan di sini tetapi yakin Allah Maha Adil. Gantian bakal mendatang aku yakin lebih hebat ganjarannya.




SAYA SEORANG POSITIF.


Kepada warga Segamat kalian semua insan terbaik pernah hadir dalam hidupku. Namun iblis bertopeng manusia itu membawa onar. Merosak seluruh daerah dengan syiriknya. Mungkin itu Allah turunkan bala banjir tak jemu melanda ? Untuk menghanyut kemungkaran di bumi tercinta ?


Sesuatu untuk kita renungkan ...

Siakapkeli.my

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mmAwvW

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.