Hi! Welcome Back and Stay Tune! Langkawi Sedia Anjur Ironman Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Langkawi Sedia Anjur Ironman Malaysia

Pengarah Urusan Ironman Asia, Geoff Meyer, berkata mereka teruja dapat terus menganjurkan Ironman Malaysia selain menyambut baik pengenalan Ironman@70.3 Langkawi di pulau itu.

“Kami menerima sokongan padu daripada peserta dan masyarakat tempatan, apa lagi dengan pengenalan acara Ironman 70.3 Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan.

Berkongsi pandangan sama ialah Pengurus Besar Major Events Malaysia (MyCEB), Tony Nagamaiah, yang menyatakan teruja apabila Langkawi terus menjadi tuan rumah Kejohanan Ironman Malaysia.

MyCEB adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Ironman 70.3 Langkawi membabitkan tiga disiplin iaitu renang 1.9km, berbasikal 90km dan berlari 21km, sementara Ironman Malaysia menampilkan kategori renang 3.8km, berbasikal 180km dan berlari 42.2km.

Tiga puluh atlet triathlon yang bersaing dalam Ironman 70.3 Langkawi akan meraih slot kelayakan untuk Kejohanan Ironman 70.3 Dunia 2018 di Nelson Mandela Bay, Afrika Selatan.

Berikutan pengenalan Ironman 70.3 Langkawi, Ironman 70.3 Putrajaya dihentikan tahun ini.

Ironman Malaysia 2017 yang menawarkan jumlah hadiah US$25,000 (RM111,165) menyediakan 40 slot kelayakan kumpulan umur bagi Kejohanan Ironman Dunia 2018 di Hawaii, Amerika Syarikat.

Kedua-dua kejohanan itu adalah sebahagian daripada Siri Kelayakan TriClub Asia 2018. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nx0az2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.