Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Tumbuk pemandu van sekolah hingga mati telah dijatuh hukuman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Tumbuk pemandu van sekolah hingga mati telah dijatuh hukuman

Lelaki Tumbuk pemandu van sekolah hingga mati telah dijatuh hukuman|Klang: Bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian pemandu van sekolah tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian selepas tertuduh, Mohd Fifi Md Yousoff, 31, mengaku bersalah bagi pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian Mohammad Izhharuddin Nordin, 23, di Jalan Sungai Udang di sini, kira-kira jam 6.40 petang, 3 Februari tahun lalu.

Mohd Fifi didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Halem Mohamad Husin.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pemandu van sekolah yang bakal melangsungkan perkahwinan, maut dipercayai dibelasah bapa saudara seorang kanak-kanak di tepi jalan Kampung Sungai Udang, di sini.

Mangsa dikatakan dipukul selepas tertinggal mengambil kanak-kanak itu ketika pulang dari sekolah.

Baca lagi:

1.WhatsApp Terakhir Bincang Bulan Madu

2.Kronologi Tumbuk Pemandu Van Sampai Maut

3.Luahan sayu tunang mangsa ditumbuk sampai maut

4.Arwah Puasa Ketika Ditumbuk Sampai Maut

 

The post Lelaki Tumbuk pemandu van sekolah hingga mati telah dijatuh hukuman appeared first on Eberita.org.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n3rqsd

✍ Sumber : ☕ Eberita.org


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.