Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peng Soon-Liu Ying Wajar Dipuji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peng Soon-Liu Ying Wajar Dipuji

PASANGAN beregu Malaysia, Peng Soon Chan (kiri) dan Liu Ying Goh pada perlawanan terbuka Seluruh England.. – Foto AFP

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying wajar diberikan pujian biarpun gagal dalam usaha merangkul gelaran Seluruh England, kelmarin.

Walaupun tewas di tangan pasangan China, Lu Kai-Huang Yaqiong dalam perebutan gelaran juara, namun pencapaian mereka yang menjadi beregu campuran pertama Malaysia layak ke final kejohanan berprestij itu sejak diperkenalkan pada 1899 tetap membanggakan.

“Kami sudah sangat hampir untuk menjadi juara tetapi bukan rezeki kami. Kami sepatutnya sudah memenanginya di set kedua tetapi beberapa keputusan pengadil yang tidak tepat sedikit sebanyak melunturkan semangat kami.

“Namun, saya tetap gembira kerana peminat masih memberi sokongan kepada. Ini adalah pengajaran yang berguna untuk kami dan kami bangkit untuk kejohanan seterusnya,” kata Liu Ying menerusi kenyataan di laman sosial Facebook miliknya.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu di Seluruh England sebelum ini adalah mara ke separuh akhir pada edisi 2012.

Peng Soon-Liu Ying yang dijangka tiba di Kuala Lumpur hari ini mempunyai tempoh kira-kira seminggu sebelum berlepas ke New Delhi bagi beraksi pada saingan Terbuka India bermula 28 Mac hingga 2 April ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mCNxmG

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.