Hi! Welcome Back and Stay Tune! Petronas Jangka Prestasi Kukuh Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Petronas Jangka Prestasi Kukuh Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Perbadanan minyak nasional, Petronas, berada dalam kedudukan kukuh memasuki 2017 selepas transformasi yang dilaksanakan tahun lepas bagi memastikan kemampanan dan daya tahan kumpulan pada masa depan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata dengan prasyarat utama yang dilaksanakan bagi mentransformasikan Petronas dan dengan jangkaan pemulihan dalam pasaran, kumpulan itu berada dalam kedudukan kukuh untuk berdepan dengan cabaran pada masa hadapan.

“Usaha berturutan dan penuh teliti kami bagi menyusun semula Petronas, mengurangkan kos dan menambah baik prestasi mula membuahkan hasil dalam menambah baik prestasi kami, seperti yang ditunjukkan menerusi keputusan yang kami catatkan.

“Kami yakin transformasi yang kami ambil akan memastikan kemampanan dan daya tahan Petronas pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan prestasi Petronas bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2016.

–BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mFeOVL

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.