Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Gagalkan 15 Cubaan Serangan Pengganas – KDN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Gagalkan 15 Cubaan Serangan Pengganas – KDN

KUALA LUMPUR: Polis menggagalkan 15 cubaan serangan pengganas kumpulan militan Daish di negara ini sejak Feb 2013 hingga sekarang.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan ini jelas membuktikan komitmen kerajaan untuk membendung elemen kumpulan militan itu daripada berkembang dan mengancam keselamatan negara.

KDN menyatakan demikian dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang bertanya mengenai perkembangan terkini Daish dan kegiatan ektremis di Malaysia.

Menurut KDN seramai 398 individu telah ditahan bagi kesalahan berkaitan keganasan sepanjang tempoh 2010 hingga bulan lepas.

“Seramai 271 individu mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daish dan bakinya berkaitan dengan kumpulan pengganas lain,” kata KDN.

Daripada jumlah itu, seramai 25 orang ditahan pada 2010, 41 orang (2011), sembilan orang (2012), 11 orang (2013), 75 orang (2014), 104 orang (2015) dan 126 orang (2016).

Tujuh orang lagi ditahan dari 1 Jan hingga 22 Feb lepas.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2noFpGB

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.