Adam Mahu Tebus Kecewa Di Argentina
ADAM Norrodin. – Foto Nazran Jamel
KUALA LUMPUR: Grand Prix (GP) Argentina pernah melihat kekentalan Adam Norrodin menolak motosikalnya sehingga garisan penamat perlumbaan Moto3 di Sirkit Termas de Rio Hondo, tahun lalu.
Episod dramatik itu berlaku ketika Adam berusaha mencari penamat di podium, namun nasib tidak menyebelahinya apabila terjatuh di selekoh akhir sebelum menemui garisan penamat.
Kekecewaan pastinya mahu ditebus pelumba SIC Racing Team itu apabila pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Dunia berlabuh di Amerika Selatan, hujung minggu ini.
“Saya sangat menggemari litar ini,” kata Adam. “Tahun lalu, kami sangat kompetitif dari awal perlumbaan. Saya sangat selesa dengan trek ini dan saya banyak belajar daripadanya.
“Saya juga dapat merasakan yang corak tunggangan saya juga semakin meningkat kali ini, jadi saya tidak sabar untuk ke sana dan melihat apakah yang boleh kami lakukan.
“Kami perlu terus berusaha gigih, kekal fokus dan sentiasa meningkatkan prestasi,” katanya.
Pelumba berusia 19 tahun itu menamatkan pusingan pembuka tirai di GP Qatar minggu lalu di tangga ke-10 seterusnya mengumpul enam mata berharga.
“Saya sangat yakin ke Argentina. Kami mempunyai minggu yang baik di Qatar. Tidak terlalu jauh daripada kelompok depan, mempunyai pelarasan enjin yang baik dan keputusan yang bagus,” kata Adam.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oIOMS8✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment