Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Minyak April 2017 Petrol RON95 RON97 Dan Diesel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Minyak April 2017 Petrol RON95 RON97 Dan Diesel

Harga Petrol Dan Diesel Terkini Bermula 6 April 2017. Harga minyak minggu ini di bulan April 2017? Perhatian buat pengguna minyak petrol dan diesel di Malaysia. Harga petrol dan diesel akan ditetapkan secara mingguan dan sekaligus menggantikan penetapan harga secara bulanan yang dilaksanakan sebelum ini. Penetapan harga petrol dan diesel akan dibuat setiap hari Rabu dengan penguatkuasaan harga bermula setiap hari Khamis.

harga terkini petrol dan diesel april 2017

Harga Petrol Mingguan Vs Harga Bulanan

Pelaksanaan harga petrol dan diesel secara mingguan akan berkuatkuasa mulai 30 Mac 2017. Harga siling akan diumumkan pada setiap Rabu dan pelaksanaan dibuat pada hari Khamis. Untuk makluman, pengusaha stesen minyak boleh menawarkan harga diskaun dengan mendapat kelulusan KPDNKK. 

Mekanisme yang diguna pakai kerajaan sebelum ini adalah mengumumkan harga diesel dan petrol secara bulanan. Harga minyak terkini akan diumumkan pada hari terakhir setiap bulan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan 2017 harga minyak petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Harga Minyak April 2017 Terkini Petrol RON95 RON97 Dan Diesel

* Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Khamis, 6 April 2017, harga runcit petrol dan minyak diesel bagi minggu bermula dari 6 April 2017 adalah seperti berikut:

6 hingga 12 April 2017

  • RON95 : Naik 3 sen ke RM2.16 seliter (Harga sebelum RM2.13 seliter)
  • RON97 : Naik 2 sen ke RM2.43 seliter (Harga sebelum RM2.41 seliter)
  • DIESEL : Turun 3 sen ke RM2.08 seliter (Harga sebelum RM2.11 seliter)
  • EURO 5 : Turun 3 sen ke RM2.18 seliter (Harga sebelum RM2.21 seliter)

30 Mac hingga 5 April 2017

  • RON95 : Turun 17 sen ke RM2.13 seliter (Harga sebelum RM2.30 seliter)
  • RON97 : Turun 19 sen ke RM2.41 seliter (Harga sebelum RM2.60 seliter)
  • DIESEL : Turun 9 sen ke RM2.11 seliter (Harga sebelum RM2.20 seliter)
  • EURO 5 : Turun 9 sen ke RM2.21 seliter (Harga sebelum RM2.30 seliter)

2017 Harga Minyak dalam kurungan ( ) adalah harga bulan Mac 2017 sebelum pelaksanaan penetapah harga minyak mingguan. 

Mengikut rekod (selepas pelaksanaan sistem apungan terkawal), harga runcit terendah petrol adalah pada RM1.70 seliter (RON95) dan RM2.05 (RON97). Kenaikan harga yang ketara adalah pada bulan Februari 2017 dimana harga petrol naik 20 sen dan 2017 Diesel 10 sen. 

Jadual Terkini Harga Minyak Petrol Dan Diesel Setiap Bulan

Berikut adalah 2017 harga minyak petrol dan 2017 diesel untuk beberapa bulan terakhir selepas sistem apungan terurus diperkenalkan pada bulan Disember 2014.

Februari 2017 (naik)

  • RON95 : RM2.30 seliter
  • RON97 : RM2.60 seliter termasuk GST
  • DIESEL : RM2.15 seliter
  • EURO 5 : RM2.25 seliter

Januari 2017 (naik)

  • RON95 : RM2.10 seliter
  • RON97 : RM2.40 seliter termasuk GST
  • DIESEL : RM2.05 seliter
  • EURO 5 : RM2.15 seliter

Disember 2016 (turun)

  • RON95 : RM1.90 seliter
  • RON97 : RM2.25 seliter termasuk GST
  • DIESEL : RM1.85 seliter
  • EURO 5 : RM1.95 seliter

November 2016 (naik)

  • RON95 : RM1.95 seliter
  • RON97 : RM2.30 seliter termasuk GST
  • DIESEL : RM1.90 seliter
  • EURO 5 : RM2.00 seliter

Oktober 2016 (naik)

  • RON95 : RM1.80 seliter
  • RON97 : RM2.15 seliter termasuk GST
  • DIESEL : RM1.75 seliter
  • EURO 5 : RM1.85 seliter

Apa Itu Pelaksanaan Sistem Apungan Terurus Subsidi Bahan Api?

Untuk makluman, senarai harga runcit rasmi yang diumumkan setiap hujung bulan ini adalah hasil daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu yang antara lain memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus. Subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014. Di bawah sistem ini, purata bulanan 2017 harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.

Semoga Harga Terkini Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel bulan Mac 2017  akan berada di paras harga yang berpatutan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia. 

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nb0OXt

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.