Hi! Welcome Back and Stay Tune! Stesen TV Singapura Dan Najib Ali Mohon Maaf Isu Persenda Datuk Seri Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Stesen TV Singapura Dan Najib Ali Mohon Maaf Isu Persenda Datuk Seri Najib

Stesen Channel 5 dan pelawak Najip Ali dari Singapura hari ini telah membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung isu mempersenda Pedana Menteri Malaysia itu, lapor The Malay Mail.

Pihak stesen berita Mediacorp dan Najip mengakui rancangan yang disiarkan dalam segmen OK Chope! minggu lepas “menjelikkan dan menyakitkan hati”.

“Channel 5 dan kumpulan produksi OK Chope! memohon maaf seikhlasnya kepada perdana menteri [Malaysia] kerana satu segmen episod minggu lepas,” kata ketua pengawai perhubungan awam Mediacorp Debra Soon dan pelawak itu.

“Kami, dengan itu, menarik siaran ulangan serta-merta. Kami memohon maaf sungguh-sungguh atas kesilapan ini.”

Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat: “Najib slams… for threatening Malaysia’s progress”. (Najib mengecam… kerana mengancam kemajuan Malaysia).

Apa yang lebih panas, di dalam program berkenaan, Najip telah memberikan pelbagai jawapan yang dianggap menghina dan mempersendakan perdana menteri, sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati termasuk Persatuan Seniman Malaysia.

Najip, yang juga juri Maharaja Lawak Mega 2017 terbitan Astro, menyedari bahawa beliau tidak sensitif dan cuai sepanjang segmen itu.

“Saya mahu memohon maaf sepenuhnya kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Saya merayu kemaafan beliau dan juga kepada penonton dan rakan-rakan,” katanya. – Siakapkeli.my

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2o1FEKc

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.