Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tawaran Melanjutkan Pelajaran Melalui WhatsApp Adalah Palsu – KPT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tawaran Melanjutkan Pelajaran Melalui WhatsApp Adalah Palsu – KPT

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menegaskan bahawa tawaran melanjutkan pelajaran oleh Institut Pendidikan Tinggi yang disebarkan melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp adalah palsu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata tindakan itu telah menyebabkan ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tertipu dan terpengaruh dengan tawaran tersebut seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.

“Ini merupakan penipuan yang serius oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata kementerian itu.

KPT dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pihak berkuasa berkaitan akan menyiasat dengan lebih terperinci sindiket penyebaran mesej palsu itu supaya orang ramai tidak berterusan merasa gusar dan tertipu, katanya.

Kementerian dalam masa yang sama mengingatkan semua Institut Pendidikan Tinggi Swasta supaya mematuhi garis panduan pengiklanan yang telah ditetapkan oleh KPT selaras dengan peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

“Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya didapati ada yang melanggar peraturan tersebut,” katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa merujuk maklumat tepat berkenaan pengajian tinggi melalui portal rasmi KPT iaitu di www.mohe.gov.my atau melalui agensi-agensi di bawahnya. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oGFRR0

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.