Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Rundingan Pertukaran Amri, Andik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Rundingan Pertukaran Amri, Andik

AMRI Yahyah dan Andik Vermansah. – Foto Owee Ah Chun

MELAKA: Melaka United (MU)  tidak  melakukan sebarang rundingan bersama pemain import Selangor, Andik Vermansah sebagai pertukaran melepaskan pemain tengahnya, Amri Yahyah kembali ke pangkuan skuad The Red Giants.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, tiada sebarang perjanjian pertukaran pemain dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berikutan kesediaan MU melepaskan Amri.

Menurutnya, tidak ada juga sebarang syarat berkaitan perkara berkenaan, malah pihaknya tidak membuat sebarang pertemuan dengan Andik atau mana-mana pemain untuknya mewakili MU.

Yusoff mengulas kenyataan sebuah laman facebook atas nama penyokong Garuda Indonesia yang menyatakan Andik akan mewakili MU sebelum pulang ke Persebaya sebagai tukaran kepada Amri.

“Bagaimanapun sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya tidak menolak kemungkinan Andik bakal mewakili MU, tetapi buat masa ini ia terlalu awal untuk diperkatakan.

“Malah saya juga tidak menolak sebarang spekulasi berkaitan kehadiran beberapa pemain menyertai skuad Hang Tuah menjelang jendela perpindahan pemain Mei depan,” katanya hari ini.

Pengurus MU itu  juga menolak tanggapan skuad Hijau Putih mahu menyenaraikan semula penyerang muda, Nurshamil Abd Ghani yang kini dipinjamkan kepada Selangor sejak awal saingan Liga Super musim ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nJSkT6

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.