Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Nafi Tuduhan AS, Kaji Semula Aktiviti Dagangan Dua Hala – Mustapa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Nafi Tuduhan AS, Kaji Semula Aktiviti Dagangan Dua Hala – Mustapa

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menyangkal tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang melabelkan Malaysia sebagai ‘penipu’ perdagangan dan telah bertindak mengkaji semula aktiviti dagangan dua hala dengan negara maju itu.

Ketika menegaskan pendirian itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia sememangnya menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa secara adil dan saksama.

Malah, kerajaan juga tidak pernah bertindak memanipulasi mata wang atau memberi sebarang bantuan yang menyalahi undang-undang antarabangsa termasuk ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Bagaimanapun, berikutan tuduhan itu, pihak kementerian telah mengambil langkah untuk meneliti semula aktiviti perdagangan dua hala terutama dengan AS.

“Angka (dagangan) kita menunjukkan kita mempunyai lebihan dengan AS pada sekitar US$6 bilion. Namun mengikut AS, jumlahnya adalah melebihi angka berkenaan.

“Dari segi dasar (perdagangan) pula, kita yakin bahawa dasar-dasar kita telah mengikuti amalan biasa dalam perdagangan antarabangsa, termasuk yang telah ditetapkan oleh pihak WTO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Perbincangan Panel ‘Rakan Dalam Dunia Pasca Brexit’ Malaysia-Britain di sini, hari ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oAiP1w

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.