Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Berkahwin Dengan Perogol, Penderitaan Yang Tidak Sudah" - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Berkahwin Dengan Perogol, Penderitaan Yang Tidak Sudah"

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya mengenai perkahwinan bawah umur dan pernikahan antara perogol dan mangsa mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak.

Antaranya Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang yang berkata, pedofil perlu dikenakan hukuman berat dan bukannya diberikan ganjaran berkahwin dengan mangsa bawah umur.

“Apa yang pasti, perkahwinan antara perogol dengan mangsa bawah umur hanya akan mengakibatkan penderitaan yang tidak sudah kepada mangsa.

“Sangat tidak masuk akal untuk seseorang menggalakkan perkahwinan antara perogol dan mangsa bawah umur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun status yang dikongsi seorang pengguna di Facebook Madi Azmadi mendakwa kenyataan Shabudin itu tidak dilaporkan sepenuhnya oleh media.

“YB Shabudin merupakan mantan Hakim Mahkamah Syariah. Dia jelaskan tadi, melalui Enakmen Negeri, perkahwinan bawah umur dibenarkan dengan syarat diberi kebenaran mahkamah.

“Maknanya mereka hanya boleh berkahwin selepas Hakim Mahkamah Syariah membuat pertimbangan mengikut keadaan yang dirasakan wajar oleh hakim tersebut,” katanya.

Shabudin ketika sidang Dewan Rakyat semalam dilaporkan berkata walaupun rogol adalah jenayah, undang-undang tidak menghalang mangsa rogol daripada berkahwin dengan individu merogolnya.

“Mungkin dengan sebab perkahwinan itulah mereka dapat melalui satu kehidupan yang lain, yang lebih sihat, yang lebih baik dan seorang isteri yang dirogol tadi, kalau dia dapat berkahwin dia takkan melalui satu jalan kehidupan masa depan yang gelap.

“Sekurang-kurangnya dia ada suami, ada orang yang boleh jadi suaminya pada ketika itu. Ini adalah satu penyelesaian kepada masalah sosial yang berlaku,” katanya seperti dilaporkan media.

Shabudin berkata demikian mengulas cadangan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) untuk meminda Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak bagi mengharamkan perkahwinan bawah umur.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n9KExb

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.