Hanya Tinggal Meng Yean-Mei Kuan
GANDINGAN Lee Meng Yean-Chow Mei Kuan menjadi wakil tunggal negara berjaya meneruskan cabaran dalam acara beregu wanita apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi. – Foto Owee Ah Chun
KUCHING: Gandingan Lee Meng Yean-Chow Mei Kuan menjadi wakil tunggal negara berjaya meneruskan cabaran dalam acara beregu wanita apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Dua lagi wakil negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan Tee Jing Yi-Joyce Choong tersingkir selepas tewas di tangan lawan masing-masing.
Pada aksi di Stadium Perpaduan Kuching itu, Meng Yean-Mei Kuan mempamerkan aksi cemerlang dengan menundukkan pasangan Indonesia, Dian Fitriani-Nadya Melati 21-18, 21-14.
Mereka akan membuat perhitungan dengan pilihan keempat dari China, Chen Qingchen-Jia Yifan bagi perebutan tempat ke suku akhir, esok.
Qingchen-Yifan mara selepas menewaskan Lauren Smith-Sarah Walker dari England 21-13, 21-14 dalam aksi pusingan pertama.
Sementara itu, Vivian-Khe Wei pula terpaksa akur apabila mereka yang hanya memerlukan satu mata untuk menang selepas mendahului 20-15 di set penentuan gagal fokus sebelum tewas 26-28.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 itu tunduk kepada Boa Yixin-Yu Xiaohan dari China 21-13, 17-21, 26-28.
Pasangan Jing Yi-Joyce pula tewas di tangan beregu China, Luo Ying-Luo Yu 14-21, 18-21.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n9Urnh✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment