Hi! Welcome Back and Stay Tune! V Shem-Wee Kiong Tumbang Di Pusingan Pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

V Shem-Wee Kiong Tumbang Di Pusingan Pertama

PEMAIN beregu Malaysia, Goh V. Shem (belakang) dan Tan Wee Kiong menentang pemain dari Hong Kong, Chung Ching Or dan Tang Chun Man, dalam perlawanan Kejohanan Terbuka Malaysia 2017, Celcom axiata di Stadium Perpaduan Negeri Petra Jaya Kuching. – Foto Nadim Bokhari

KUCHING: Beregu nombor dua dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menerima tamparan hebat apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu dikejutkan dengan kekalahan di tangan pasangan Hong Kong, Or Chin Chung-Tang Chun Man 17-21, 21-23 pada aksi di Stadium Perpaduan Kuching.

Wee Kiong menyifatkan kekalahan itu berpunca daripada keinginan mereka yang terlalu tinggi untuk beraksi baik di hadapan penyokong sendiri namun ia menjejaskan fokus mereka sehingga membiarkan lawan mengawal perlawanan.

“Disebabkan keinginan terlalu tinggi untuk menang di hadapan penyokong sendiri menyaksikan kami gagal bermain dengan baik. Kami lambat untuk menyesuaikan diri dengan permainan di dalam gelanggang dan menyebabkan lawan mendapat kelebihan,” kata Wee Kiong.

V Shem-Wee Kiong bertekad untuk menebus kekecewaan itu apabila beraksi pada Terbuka Singapura minggu depan.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Low Juan Shen-Chooi Kah Ming cemerlang selepas menewaskan Lee Jhe Huei-Lee Yang dari Taiwan 22-20, 21-16 untuk mara ke pusingan kedua kejohanan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oHRebo

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.