Bienda akui gementar
DIKATAKAN menyepi dalam industri hiburan, penyanyi, Bienda atau nama sebenarnya, Nor Razlinda Razli segera menafikannya.
Hakikatnya, selebriti berusia 32 tahun ini sangat aktif dalam industri hiburan, namun kurang menyerlah di TV.
“Saya sentiasa ada di dalam industri. Tak pernah hilang pun.
“Tapi, mungkin sebab tak muncul di TV, itu yang buat masyarakat tak nampak kelibat saya,” katanya kepada Media Hiburan.
Walaupun mencipta nama sebagai penyanyi, Bienda juga dikenali sebagai pelakon, pengacara dan penyampai radio yang berbakat besar.
“Saya mula menyanyi sejak menyertai kumpulan nasyid, Solehah pada usia 12 tahun. Bersama Solehah saya mempunyai lima album.
“Selepas itu, saya ambil keputusan bergerak secara solo dan kali terakhir buat album solo pada 2009.
“Tapi, sekarang walaupun tak keluar album, saya masih aktif menerima pelbagai tawaran menyanyi selain berduet dengan beberapa penyanyi lain,” katanya.
Pada masa sama, pelantun lagu Penantian ini beralih arah dalam dunia lakonan selain menjadi pengacara dan penyampai radio.
Bienda juga tidak betah berdiam diri dan aktif dalam perniagaan menerusi jenama tudung, Labienda kira-kira lapan tahun lalu sebagai jaminan masa depan.
“Selepas berkahwin dan mempunyai dua anak, saya hanya terima tawaran yang dekat saja. Sekarang, jadi pengacara program Nasi Lemak Kopi O selain penyampai radio KLfm.
“Maklumlah, dua anak saya menyusu badan sepenuhnya sehingga usia mereka mencecah dua tahun.
“Kini, anak sulung saya, Lavienda Namiraz sudah berusia lima tahun manakala adiknya, Laxiendra Namiraz pula dah tiga tahun,” katanya.
Bagi menambah pengalaman dalam cabang seni, Bienda turut mencabar diri menjadi penyampai radio Manisfm demi mencuba sesuatu yang baru sekali gus mengembangkan bisnes di Pantai Timur.
“Saya baru saja tamat kontrak sebagai penyampai radio Manisfm di Terengganu sejak tahun lalu.
“Dalam tempoh itu, saya perlu berulang-alik ke sana setiap minggu.
“Saya anggap itulah jalan terbaik untuk keluar daripada kebiasaan dan mengembangkan bisnes di Pantai Timur,” katanya.
Sertai GGV2017
Pun begitu, dalam diam, cinta Bienda terhadap bidang nyanyian tidak pernah luntur.
“Saya terfikir untuk membuat kemunculan semula dalam dunia nyanyian sepanjang menjadi penyampai radio Manisfm.
“Saya mahu masyarakat di luar sana sedar yang saya masih lagi menyanyi.
“Insya-ALLAH, saya juga akan muncul dengan single terbaru ciptaan DJ Fuzz, tidak lama lagi,” katanya.
Tidak sangka gerak langkahnya dipermudahkan, Bienda sedia menerima cabaran untuk bersaing dalam program realiti terbaru, Gema Gegar Vaganza 2017 (GGV2017).
“Saya tak mahu melepaskan peluang keemasan apabila ditawarkan untuk menyertai program ini.
“Sebenarnya, saya gementar tetapi keluarga tak henti-henti beri kata semangat.
“Tapi, fokus saya bukanlah untuk menang tapi hanya mahu berikan yang terbaik dalam program itu,” katanya yang tidak takut dikritik.
GGV2017 mula bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada setiap Sabtu jam 9 malam bermula 8 April ini.
The post Bienda akui gementar appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oIK0UJ✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment