Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Masih Berunding Dengan Penduduk Kampung Chubadak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Masih Berunding Dengan Penduduk Kampung Chubadak

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih berunding dengan penduduk Kampung Chubadak di sini bagi memberikan penempatan baharu susulan cadangan perobohannya untuk tujuan pembangunan termasuk projek River of Life.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada masa sama menggesa Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong membantu kerajaan menasihatkan penduduk mengikut arahan berpindah.

Ia susulan perkampungan berkenaan disifatkan sebagai penempatan haram.

“Saya juga hendak minta Yang Berhormat (YB) boleh minta penghuni ini supaya bekerjasama dengan kerajaan kerana mereka telah duduk di kawasan tersebut sebagai penghuni haram, atas tanah kerajaan yang dimiliki oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Kita perlu kepada pembersihan sungai ini oleh kerana kebanyakan penghuni di tepi sungai ini membuang segala kekotoran dalam sungai dan paling menyedihkan ada kumbahan dalam sungai itu, ” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju di Dewan Rakyat.

Jelas Tengku Adnan, penempatan baharu untuk penduduk akan memastikan mereka ditempatkan di kawasan yang lebih selesa.

“Jadi saya rayu YB bantu kerajaan supaya selesaikan masalah ini kerana kita masih lagi dalam rundingan dengan pihak penghuni kampung untuk memberikan penempatan semula dan untuk mereka duduk di kawasan selesa dan lebih aman,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Tengku Adnan memberitahu, projek River of Life (ROL) yang dilaksanakan bagi mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang berada pada 67 peratus siap.

“Secara keseluruhannya, status pelaksanaan Projek River of Life telah mencatat 67 peratus telah dimajukan dan ia dijangkakan siap pada tahun 2020.

“Projek River of Life (ROL) di bawah NKEA Greater Kuala Lumpur dilaksanakan bagi mentranformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Tambahnya, objektif utama ROL mencapai tahap kualiti sungai kelas dua menjelang 2020, meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dengan mengubah wajah koridor Sungai Klang dan Sungai Gombak menjadi kawasan yang ceria berdaya huni serta membangunkan tanah kerajaan sekitar untuk mendapatkan pulangan kerajaan sebanyak RM4 bilion.

Beliau dalam pada itu mengakui kerajaan menggunakan konsultan luar negara susulan kepakaran mereka yang mampu mengindahkan sungai di negara asal mereka.

“Hari ini bagaimanapun, kita turut menggunakan konsultan dalaman di sesetengah kawasan seperti projek kolam biru di depan Masjid Jamek KL. Kerajaan putuskan kalau dapat diguna pakai warga tempatan atau dalam kementerian, maka ia memberi pandangan melaksanakan projek ini,” katanya lagi.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2o1XJYr

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.