Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Buat Kepungan Di Tempat Kepak Ayam Dilupuskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Buat Kepungan Di Tempat Kepak Ayam Dilupuskan

SIBU: Polis membuat kepungan sejak tengah hari semalam di tapak di mana beberapa kontena kepak ayam sejuk beku dilupuskan dan ditanam oleh pihak berkuasa Jumaat lepas.

Anggota polis juga diletakkan berkawal di tempat masuk kawasan itu bagi menghalang oramg awam daripada memasukinya.

Tinjauan Bernama di tapak pelupusan kepak ayam itu mendapati bau busuk boleh dihidu dari tempat kepak ayam itu ditanam.

“Tiada siapa yang datang ke sini hari ini dan jika mereka datang, kami terpaksa mengarahkan mereka meninggalkan tempat ini,” kata salah seorang daripada dua anggota polis yang berkawal di sini.

BACA: Pihak berkuasa siasat orang ramai gali kepak ayam dibuang

BACA: Penduduk gali kepak ayam dibuang

BACA: KPDNKK beri amaran keras kepada pihak pungut dan jual balik kepak ayam di Sibu 

Sementara itu, satu mesyuarat tergempar mengenai perkara itu diadakan di pejabat Kastam Diraja Malaysia di Jalan Deshon di sini pagi tadi, dihadiri oleh pegawai daripada jabatan berkaitan termasuk Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Muhamad Rais Abdullah.

Bagaimanapun, tiada siapa yang ingin membuka mulut kepada wartawan mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Wartawan yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara itu diberitahu bahawa Pengarah Kastam negeri Ahmad Ji akan datang ke sini dan dijangka mengadakan satu sidang media pagi esok.

Apabila berita mengenai pelupusan kepak ayam itu tersebar dalam kalangan penduduk tempatan, ramai yang datang ke tapak itu semalam untuk menggali keluar kepak ayam yang ditanam tanpa menghiraukan kemungkinan anggota ayam itu berbahaya kepada kesihatan mereka.

Difahamkan kepak ayam itu yang dirampas oleh Unit Penguat Kuasa Kastam di Pelabuhan Sibu Rajang, berasal dari Belanda.

Semakan di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati Malaysia telah mengeluarkan larangan pada 30 Nov tahun lepas terhadap import sebarang unggas dari Belanda berikutan penularan Selesema Burung Patogen Tinggi di dalam negara Kesatuan Eropah itu.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nCSCKU

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.