Isu 'Ok Jika Perogol Kahwin Mangsa Rogol': Malaysia Sekali Lagi Jadi Tumpuan Dunia
Kuala Lumpur, 5 Apr – Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia susulan kenyataan dari Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya, yang berkata ‘ok jika perogol kahwin dengan mangsa rogol’.
“Bila kita cakap pasal mereka yang berusia 12 dan 15 tahun, kita tidak melihat fizikal mereka kerana bagi kanak-kanak berusia 12 tahun atau remaja 15 tahun, mereka kelihatan seperti gadis 18 tahun,” kata Shabudin di Dewan Rakyat pada Selasa.
Bekas hakim mahkamah syariah itu menambah, sebahagian kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh seawal sembilan tahun, dan mereka bersedia dari segi fizikal dan rohani untuk memasuki alam perkahwinan.
“Jadi, tidak mustahil bagi mereka untuk berkahwin,” kata Shabudin sambil menambah bahawa “tiada salahnya” mangsa rogol berkahwin dengan perogol kerana ia dapat menangani masalah sosial.
Setelah mendapat liputan meluas dalam negara, kenyataan itu menarik perhatian dari media luar negara pula.
Hasil carian Google mendapati kenyataan itu sudah diambil oleh beberapa portal barat seperti BBC, The Guardian, Asia One, International Business Times UK dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, berita sama turut dipikap oleh portal berita Rusia, Rt.com.
Dalam pada itu, Shabudin menerusi satu kenyataan berkata kenyataannya telah disalah erti oleh media.
Sumber: mStar Online
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2naC2q6✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment