Hina PM: Seniman bakal buat laporan polis
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengecam tindakan tidak bertanggungjawab stesen penyiaran Mediacorp 5 milik Temasek Holdings menyiarkan rancangan OK Choppe.
Menerusi program bual bicara berkonsep jenaka santai yang bersiaran pada episod ke 26, pengacara Vernetta Lopez yang turut disertai oleh beberapa artis seperti Najip Ali, Sam See, Rishi Budhrani dan Mike Kassim telah menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Menurut Setiausaha Agung Seniman melalui kenyataan media yang dikirimkan melalui aplikasi Whatsapp, Hafiz Nafiah, Seniman berpendapat tidak wajar isu-isu yang melibatkan pemimpin sesebuah negara dijadikan bahan untuk sesebuah rancangan televisyen demi mengaut keuntungan dan rating penonton.
“Program berkenaan menunjukkan betapa mereka tidak sensitif dengan budaya dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia.
“Untuk peringatan pelakon – pelakon cetek akal ini, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen di mana Perdana Menteri dipilih oleh rakyat di negara ini, di samping itu juga ia dapat menjejaskan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Singapura yang sudah terjalin sekian lama.
“Malaysia amat mengalu-alukan kedatangan artis dari Singapura untuk mencari rezeki di negara ini dan mereka tidak sepatutnya mengambil kesempatan memperlekehkan Perdana Menteri,” katanya.
Tambah Hafiz lagi, Seniman mendesak penerbit rancangan Ok Choppe untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia di atas keceluparan.
Bagaimanapun sekiranya enggan berbuat demikian, Seniman akan mengetuai usaha untuk mengharamkan artis – artis biadap daripada terus berkarya di Malaysia.
“Kami juga merancang untuk membuat satu laporan polis pada hari Jumaat ini,” katanya.
Menerusi program yang bersiaran baru-baru ini, Vernetta meminta pesertanya melengkapkan ayat Najib yang dikurangkan satu perkataan ‘Najib slams …. for threatening Malaysia progress’ dan perkataan yang tertinggal itu adalah `fake news’.
Bagaimanapun dikatakan selebriti Singapura meneka pelbagai perkataan yang tidak patut seolah-olah mempersendakan Perdana Menteri Malaysia.
The post Hina PM: Seniman bakal buat laporan polis appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oAIyqx✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment