Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ron, ‘Jururawat’ Yang Mampu Menenangkan Haiwan Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ron, ‘Jururawat’ Yang Mampu Menenangkan Haiwan Lain

Ron, seekor kucing yang baru-baru ini dihebohkan tentang kepandaiannya yang boleh menenangkan haiwan yang dalam kesakitan.

Dulunya, Ron merupakan kucing terbiar yang sentiasa merayau di sekitar Colorado. Kemudiannya, Ron diselamatkan dan dibawa ke Hospital Veterinar Northfield oleh seorang jururawat yang juga bekerja di situ.

Sejak dari hari itu, Ron tinggal di hospital tersebut. Malah, Ron juga mempunyai peranan yang penting di situ, iaitu menenangkan haiwan-haiwan yang dihantar untuk dirawat. Dengan kata lain, Ron juga adalah salah satu daripada staff ‘jururawat’ di hospital haiwan tersebut.

Pada mulanya, Ron akan cuba mendekati sangkar haiwan tersebut, seperti ingin berikan salam perkenalan. Semasa haiwan itu dihantar ke bilik bedah untuk dirawat, Ron juga turut menemani haiwan tersebut.

Ron juga akan menenangkan haiwan yang tengah dirawat dengan duduk bersebelahan, sambil menjilat bulu mereka sehinggalah haiwan tersebut merasa selesa.

Selama 3 bulan Ron berada di hospital haiwan tersebut, Ron memainkan peranan seperti seorang pekerja yang sangat berdedikasi. Dia sering mengunjungi haiwan-haiwan yang berada di dalam sangkar sepanjang masa untuk melihat keadaan mereka.

Namun tidak lama kemudian, Ron telah diambil oleh pemilik baru dan tidak lagi tinggal di situ.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2naYi3k

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.