Hi! Welcome Back and Stay Tune! Langgar Lubang Jalan, Pemilik Ferrari Ini Saman Majlis Bandaran Dan Menang RM55,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Langgar Lubang Jalan, Pemilik Ferrari Ini Saman Majlis Bandaran Dan Menang RM55,000

loading…

Kejadian yang berlaku di England ini mungkin boleh dijadikan iktibar. Lihat bagaimana hak pengguna di negara maju dibela. Ia mungkin kelihatan kecil, namun ia boleh jadi kes rujukan pada masa-masa akan datang.

Langgar Lubang Jalan, Pemilik Ferrari Ini Saman Majlis Bandaran Dan Menang RM55,000
Langgar Lubang Jalan, Pemilik Ferrari Ini Saman Majlis Bandaran Dan Menang RM55,000

Apa yang lebih jelas sekarang ialah pengguna memang berhak menyaman pihak berkenaan jika berlaku kerosakan pada kenderaan mereka akibat jalan yang tak diselenggara dengan baik.

ARTIKEL MENARIK:18 Gambar 206 Terbunuh, 220 Hilang Kejadian Tanah Runtuh

loading…

Pemilik Ferrari 458, Scott Nicholas telah menang dalam kes samannya ke atas majlis bandaran tempatan sebanyak £10,000 atau RM55,500. Cukup untuk membeli sebuah Myvi baru berwarna kuning edisi terhad yang sangat ekstrim kata budak-budak wicet.

Bagimana kesnya?

Nicholas memandu pada waktu malam di sebatang jalan di Peterborough dan beliau memberitahu terlanggar sesuatu hentaman kuat. Berapa kuat? Ia menyebabkan beg udara sebelah penumpang terkeluar dan beliau hilang kawalan yang menyebabkannya terbabas.

“Saya terbabas ke jalan bertentangan, tapi nasib baik tiada kereta dari arah depan. Bila beg udara meletup, saya sangat terkejut,” ujar beliau

Di sebalik kerosakan beg udara yang menelan belanja pembaikan sebanyak £6,000 (RM33,300), rim asli kereta ini juga jahanam dan beliau perlu bayar sebanyak £3,000 (RM16,650) untuk menggantikannya. Lebih sedih lagi, kereta tersebut tersadai tiga bulan untuk menunggu alat-gantinya sampai dari Itali.

Nicholas memberitahu, beliau akan menerima bayaran dalam masa tiga minggu dan apa yang lebih mengejutkan, beliau akan mendermakan kesemua wang tersebut untuk kebajikan.

“Ia bukan tentang wang, ia tentang prinsip dan hak kita. Lebih menyakitkan hati ketika di mahkamah, mereka cuba untuk mengelak dari mengambil tanggungjawab. Mereka juga beritahu supercar tak sepatutnya berada di jalan,” ujar beliau lagi

“Supercar sepatutnya duduk dalam garaj macam orimoto” – OK yang ni Abang Japar saja tambah.

Apapun, kalau mengikut kepada acuan sistem perundangan, Malaysia tidak jauh daripada amalan British. Jadi, adakah kita boleh saman DBKL dengan mainhole tengah lubang ketika superman satulapan? Kami akan cuba dapatkan pandangan peguam tak lama lagi.

Sumber: Mekanika

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading…
loading…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The post Langgar Lubang Jalan, Pemilik Ferrari Ini Saman Majlis Bandaran Dan Menang RM55,000 appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nIJ1mr

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

1 comment:

  1. daythammynet
    Class College Education training Beauty teaching university academy lesson  teacher master student  spa manager  skin care learn eyelash extensions tattoo spray

    ReplyDelete

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.