Hi! Welcome Back and Stay Tune! Faisal Sedia Kekang Kelantan Sabtu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Faisal Sedia Kekang Kelantan Sabtu Ini

MOHD Faisal Rosli diasak pemain Perak, Muhd Zaquan Adha Abd Razak (kiri) pada saingan Liga Super di Stadium Perak. – Foto Abdullah Yusof

KUANTAN: Sebelas perlawanan, termasuk tiga aksi Piala FA, membantu pemain pertahanan Pahang, Mohd Faisal Rosli meraih pengalaman berharga.

Kepercayaan pengendali Pahang, Dollah Salleh, menyenaraikan Mohd Faisal dalam kesebelasan utama menyuntik semangat untuk terus setia bersama skuad Tok Gajah.

“Saya sudah bersama Pahang sejak tahun 2013 dan banyak pengalaman diperoleh sepanjang kira-kira 3 tahun ini.

“Kepercayaan jurulatih (Dollah Salleh) banyak memberi motivasi kepada saya untuk terus tampil dengan aksi terbaik setiap kali dipilih untuk kesebelasan utama.

“Musim ini sangat mencabar…kami ada ramai pemain berpengalaman dan berkualiti…jadi, kami kena tunjukkan prestasi terbaik jika mahu disenaraikan dalam pasukan utama,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Faisal berharap khidmatnya terus ditagih Dollah untuk aksi menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-V, Sabtu ini.

Katanya, perlawanan itu juga penting bagi memastikan kedudukan Pahang dalam Liga Super dipertahankan.

“Kami akui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki segera dan jurulatih juga selalu mengingatkan kami supaya tidak terlalu yakin atau mudah selesa dengan pencapaian semasa pasukan Pahang.

“Kalau kita lihat rekod skuad Kelantan, mereka juga menunjukkan peningkatan dan kita percaya saingan (perlawanan) Sabtu ini berlangsung sengit.

“Sudah pasti kami ingin memperoleh tiga mata…kita sudah bersedia untuk bertemu mereka (Kelantan) dan berharap semua pemain dapat tampil konsisten pada perlawanan itu,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nWCupk

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.