Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azraai Khor Sedia Bantu Kedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azraai Khor Sedia Bantu Kedah

Azraai Khor. – Foto Mohd Asri Saifudddin Mamat

ALOR SETAR: Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah berharap isu dan status ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang masih menjadi tanda tanya tidak akan mengganggu prestasi semasa skuad Helang Merah itu.

Ketika ini, Kedah yang menerajui carta Liga Super berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran merangkul tiga piala selepas skuad juara Piala Malaysia 2016 ini menjulang Piala Sumbangsih pada awal musim ini.

Bagi Azraai, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu mencari kaedah terbaik menyelesaikan isu agar tidak meninggalkan kesan mendalam kepada pasukan dan pengurusan serta barisan kejurulatihan.

“Kedua-dua pihak harus segera menyelesaikan hal ini dan jika perlu diadakan rundingan, maka lebih mudah mendapat persetujuan bersama,” katanya yang pernah menerajui Kedah menjulang kejayaan ‘Double Treble’ pada 2007 dan 2008.

Bekas pengendali T-Team ini juga yakin KFA mampu menangani perkara ini dengan berkesan tanpa kesan yang berpanjangan.

Azraai yang tidak terikat dengan mana-mana pasukan kini baru pulang dari Brazil selepas menghadiri program bola sepak bagi tujuan meningkatkan pengetahuan kejurulatihan.

“Bukan mudah untuk mencari pengganti (Tan Cheng Hoe) yang sudah membuktikan beberapa kejayaan seperti Juara Liga Perdana 2015, Juara Piala Malaysia 2016 dan Juara Piala Sumbangsih 2017 untuk Kedah.

“Saya juga menyokong falsafah dan corak permainan yang diterapkan dan sudah sebati dengan Kedah perlu diteruskan oleh mana mana jurulatih yang akan dilantik mengendalikan pasukan itu nanti,” katanya.

Ditanya mengenai namanya yang disebut oleh penyokong Kedah sebagai antara calon pengganti Tan Cheng Hoe selain Ramon Marcote, beliau bagaimanapun tidak menolak seandainya ditawarkan jawatan itu.

“Faktor komunikasi dan persefahaman yang baik adalah perkara asas yang penting untuk mana mana jurulatih baharu nanti.

“Saya yakin KFA mampu menilai calon yang paling sesuai untuk pencarian ini berdasarkan pengalaman dan kewibawaan,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oH2pBe

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.