Kehadiran Trio Import Tambah Keyakinan PKNP
IPOH: Kehadiran semula Ritus Kraujklis dan Vincent Lucas meningkatkan keyakinan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC bagi menghadapi MISC-MIFA, di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Jumaat ini.
Berbanding pertemuan suku akhir pertama Piala FA menentang Kedah apabila hanya mendapat khidmat seorang awang import iaitu Gilberto Valdenisio, jurulatih Abu Bakar Fadzim mampu menghela nafas lega apabila dua lagi pemainnya itu boleh beraksi kali ini.
“Kehadiran trio ini dalam kesebelasan permulaan pasukan mampu meningkatkan persembahan PKNP. Ritus terutamanya adalah tonggak benteng pertahanan dan menjadi inspirasi kepada rakan. Kini kekuatan kami kembali meningkat, ” katanya hari ini.
Abu Bakar berkata, perlawanan dengan juara Piala FAM itu penting kerana ia boleh menjadi penentu awal misi mereka melayakkan diri ke Piala Malaysia.
PKNP FC berada pada kedudukan baik untuk berada dalam kelompok lima teratas liga Perdana yang layak secara automatik ke Piala Malaysia kerana menduduki tangga ketiga di belakang Negeri Sembilan dan Terengganu selepas mengutip 15 mata.
“Jika menang perlawanan ini, 90 peratus kami layak ke saingan kelompok 16 pasukan terbaik dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oBJQSl✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment