Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada DNA Babi Pada Sampel Ikan Dari Kolam Di Kampar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada DNA Babi Pada Sampel Ikan Dari Kolam Di Kampar

TELUK INTAN: Tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi dikesan pada ternakan ikan di sebuah kolam di Kuala Dipang, Kampar berdasarkan ujian makmal yang dijalankan.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak Dr Bah Piyan Tan berkata Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur telah menjalankan ujian persampelan terhadap ikan dan air kolam berkenaan sebanyak tiga kali.

Katanya keputusan ujian yang dikeluarkan pada 27 Mac lalu menunjukkan ia negatif DNA babi.

“Kita tak boleh nak kata (keputusan) bebas (DNA babi sepenuhnya), ini kerana biasanya lepas 72 jam ikan makan (bangkai babi) pihak penyelidik sukar mengesan DNA itu kerana ia telah dicernakan.

“Mungkin semasa ambil sampel kejadian (beri ikan makan bangkai babi) telah berlaku lama, namun penyelidik ada menemukan beberapa tulang dan kesan daging haiwan di kawasan kolam,” katanya kepada pemberita selepas program gotong-royong sempena program Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017 di sini hari ini.

Ditanya sama ada kolam bekas lombong seluas lima hektar itu masih beroperasi atau sebaliknya, Dr Bah berkata Jabatan Perikanan tiada kuasa untuk menutupnya kerana ia di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Kampar.

“Cumanya semakan memang mendapati kolam ternakan tersebut tidak pernah didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan, beroperasi secara haram dan tidak mendapat kelulusan tapak dari Pejabat Tanah Kampar,” katanya.

Kolam ternakan ikan yang dipercayai diusahakan secara haram di atas tanah lombong di Kuala Dipang itu diserbu pihak berkuasa pada 7 Mac susulan maklumat bahawa ikan di kolam itu diberi makan bangkai babi.

Operasi menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu membabitkan beberapa jabatan seperti Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam Perak; Jabatan Alam Sekitar; Pejabat Daerah dan Tanah Kampar serta polis.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n9ZbJA

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.