Operasi SAR Mangsa Banjir Lumpur Sabah Masuk Hari Ke Lima
KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir lumpur di Ladang Sen Fu Tongod, Kinabatangan Sabtu lepas, diteruskan lagi untuk hari kelima bagi menjejaki tiga lagi mangsa.
Setakat ini, lima mayat dipercayai mangsa banjir lumpur telah ditemukan di lokasi berasingan di Sungai Pinangah, Tongod.
Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A.Sahak Rahmat kelima-lima mayat hari ini akan dibawa ke Hospital Dutches of Kent di sini bagi proses bedah siasat dan proses pengecaman oleh ahli keluarga.
Operasi pencarian ari ini membabitkan 17 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), lapan anggota Pasukan Multi-Skill Team (MUST), 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Sandakan serta lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis turut terlibat dalam operasi SAR itu.
Pada kejadian 1 April lepas, banjir lumpur akibat tanah runtuh menghempap tiga rumah pekerja di ladang kelapa sawit itu menyebabkan lapan penghuni rumah tersebut hilang dihanyutkan banjir lumpur.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nIf9qA✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment