Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang Sudah 97 Peratus Siap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang Sudah 97 Peratus Siap

KUALA LUMPUR: Tahap kemajuan keseluruhan Projek AliranTransit Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang adalah pada tahap 97 peratus, ujar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

Jelasnya, ketika ini, kerja-kerja akhir Fasa Kedua Stesen Semantan ke Stesen Kajang sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada Julai tahun ini.

“Pada masa ini, kerja-kerja akhir Fasa Kedua sedang dilaksanakan termasuk kerja-kerja pembinaan dan reka bentuk dalaman, struktur-struktur pintu masuk dan laluan pejalan kaki, lanskap dan pemasangan peralatan sistem elektrikal dan mekanikal.

“Kerja pemeriksaan dan pertauliahan sistem akan dimulakan tidak lama lagi,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Merbok, Prof. Dr Ismail Daut yang mahu tahu status projek MRT dari Semantan ke Kajang di Dewan Rakyat.

Tambahnya, kos pembinaan keseluruhan projek MRT laluan Sungai Buloh-Kajang adalah dianggarkan sebanyak RM21 bilion.

“Kos ini adalah lebih rendah daripada kos yang disasarkan iaitu sebanyak RM23 bilion,” ujarnya.

Fasa Satu MRT laluan Stesen Sungai Buloh-Stesen Semantan siap mengikut jadual dan dibuka kepada orang ramai pada 16 Disember tahun lalu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nILNs7

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.