“Yang Wajib Adalah Menutup Aurat” – Respon Pereka Selepas Rekaannya Diejek ‘fesyen Valak’ Dan ‘tudung Saji’ Muslimah
Acara Asia Islamic Fashion Week 2017 yang bertempat di KLCC yang telah berlangsung baru-baru ini telah menarik minat ramai pereka fesyen dari seluruh Asia untuk turun padang bagi memperagakan rekaan muslimah mereka.
Antara yang turut serta dalam acara ini ialah seorang pereka fesyen yang agak femes di tanah air iaitu Shah Rizal Irza Zulkiply atau lebih dikenali sebagai Eja Shahril.
Fesyen ‘rare’ yang direka oleh Eja ini telah mendapat perhatian netizen setelah beliau memuatnaik gambar-gambar barisan 6 orang modelnya modelnya ditampilkan dengan gaya solekan putih melepak bersama tudung saji ini ke laman Instagram beliau.
Berikutan penerimaan netizen yang rendah terhadap fesyen beliau yang ‘rare’ ini, ramai yang mempersendakan gaya mekap model beliau yang kelihatan seperti Valak dari filem the Conjouring dan memakai tudung saji.
Meskipun menjadi bahan ketawa netizen, Eja mampu kekal positif dan membalas komen-komen negatif itu dengan mengatakan, “Yang wajib adalah menutup aurat.”
Ada betulnya juga kan? Apa apa pun tahniah buat Eja Sharil kerana berani membuat kelainan yang membuka mata semua orang. Fuhh!
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nKiEws✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment