Dr Soo Wincci Akui Ada Ketika Terasa Sunyi
Selebriti terkenal Dr Soo Wincci, 31, sebelum ini kerap diajukan dengan soalan sasaran untuk menamatkan zaman solonya. Namun jawapan yang diberikan tetap sama.
Mengambil kesempatan bertemu dengan bintang itu pada malam gala filem Sindiket yang merupakan lakonan filem Melayu pertamanya, ditanya apakah perasaan aktres itu apabila melihat ramai antara rakannya sudah berumah tangga dan berkeluarga, Soo Wincci ternyata positif.
“Sebenarnya perasaan saya pada suatu ketika saya memang sunyi. Tetapi sekarang bagi saya sesebuah perkahwinan itu semata-mata untuk berkahwin sahaja.
“Sebab banyak rakan kenalan saya mereka di Facebook nampak gembira namun realiti sebenar mereka menangis. Dan mereka tak sanggup hadapi masalah rumah tangga mereka.
“Jadi jangan terburu-buru sehinggalah sudah betul-betul bersedia. Sebagai contoh lagi, ramai kawan saya kahwin kerana dipaksa keluarga. Makanya jangan, kalau sudah jodoh sampai terimalah, jika sebaliknya biarlah lambat asalkan selamat,” ujarnya.
The post Dr Soo Wincci Akui Ada Ketika Terasa Sunyi appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nak72Z✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment