Bosan Hidup Glamor, Adele Beli Rumah di Daerah Terpencil
Sejak kemunculannya di industri muzik, namanya menjadi sensasi sekaligus bualan jutaan penggemar di seluruh pelusuk dunia. Kehidupan peribadinya juga tidak terlepas dari mencuri tumpuan lensa kamera paparazzi.
Namun baru-baru ini, Adele dilaporkan sudah mulai bosan dengan kehidupannya sebagai selebriti popular. Selepas berkeluarga dan memiliki seorang putra, khabarnya pelantun lagu hits Hello ini ingin menjalani kehidupnya secara normal.
Justeru bagi merealisasikan keinginannya itu, dia membeli sebuah rumah baru di kawasan East Grinstead. Menurut sumber, tempat tinggal Adele itu terletak di daerah yang jauh dari kesibukan kota dan gemerlap dunia hiburan.
“Adele tidak ingin tinggal dengan kawan-kawan selebritinya di Chipping Norton dan Primrose Hill.
“Dia sengaja memilih tempat yang jauh dari sorotan bagi membolehkan dia hidup normal,” kata seorang sumber seperti yang dilaporkan Dailymail.
Salah seorang penduduk di kawasan itu terkejut dan mengakui tidak mengenai Adele.
“Saya tidak tahu Adele tinggal di kawasan kediamannya.”, kata individu tersebut
Adele membeli kediaman tersebut dibeli dengan harga sekitar £4 juta (RM374,865). Kawasan kediaman berkenaan memiliki keluasan sekitar 19 hektar, termasuk sebuah gelanggang tenis. Selain itu, rumah Adele ini dilengkapi berbagai kemudahan lain termasuklah mempunyai lapan buah bilik tidur.
The post Bosan Hidup Glamor, Adele Beli Rumah di Daerah Terpencil appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nIxEed✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment