Hentikanlah Guna Akaun Palsu, Komen Kutuk & Caci Maki, Sudah Tiba Masa Untuk Insaf Wahai Pembuli Siber
Dalam era serba canggih pada masa kini, yang dapat dilihat semakin banyak kecanggihan teknologi, kepelbagaian jaringan media sosial, juga penggunaan internet yang semakin luas, sudah menggambarkan kita kini berada di arus kemodenan.
Namun begitu, dengan adanya media sosial, banyak individu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan platform tersebut sebagai salah satu cara untuk menghentam, mencaci, atau menyebarkan berita yang tidak benar.
Pembuli siber ini menggunakan profil palsu, tanpa mengetahui gerangan sebenar pemilik akaun tersebut, melainkan diselidik secara terperinci.
Menurut perkongsian dari saudari Tengku Khalidah Tengku Bidin, pembuli siber ini sebenarnya boleh dikesan, dan tindakan mereka akan mendatangkan kesan kepada mangsa. Jadi, ketahui jenis buli siber, dan segeralah buat laporan andai menjadi mangsa.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Buli Siber? Apa tu?
Salam semua kawan-kawanku. Ni nak cerita yang best sikit pagi Isnin ni. Alkisah, saya ni jenis tak kisah sangat soal pengikut atau followers di laman sosial. Sebab itu saya buka Instagram (IG) lebih dua tahun lalu sekadar untuk ada sahaja. Saya lebih dahulukan Facebook, saya senang di sini.
Sampailah ke minggu lepas, tiba-tiba hampir 2,000 pertambahan followers saya di IG. Hmmmmm, untuk orang biasa macam kita, banyaklah tu, kan? Ini gara-gara seorang artis lelaki yang tak puas hati dengan saya punya tulisan dalam Pancaindera telah “tagged” posting dia ke akaun personal IG saya itu. Makanya dari 3000++ sahaja pengikut IG, sampai ke 5000++ dalam masa beberapa hari sahaja. Luar jangka…. Maklumlah kita orang biasa, bukan artis yang dipuja-puja peminat.
Maka berduyun-duyunlah peminat dia singgah ke IG saya dan buat komen yang macam-macam. Saya seorang yang sangat terbuka kepada kritikan. Saya juga seorang yang sangat mudah untuk meminta maaf dan memaafkan, jika saya dipihak yang salah. Bagaimana pun, melihat komen-komen tahap keterlaluan yang dibuat, sampai mempertikaikan agama, mempertikaikan rezeki orang, mempertikaikan syahadah orang, apa ni?
Akaun Palsu
Saya buat sedikit selidik. Ramai yang sesuka hati keluar dengan komen kutuk, caci maki kerja kami, mereka ini jenis menggunakan akaun palsu. Ada gambar beruk, gambar cipanzi, ada gambar tengkorak kau, ada gambar burung, macam-macamlah. Kelakar sungguh. Mana tak kelakar, kalau ada gambar orang tu, tetapi orang itu adalah ratu cantik Venezuela ke, Ghanna ke, Ratu cantik Afrika ke, sejenis perasanlah orang macam ni. Hahaha!
Yang punya akaun palsu atau berselindung di sebalik PRIVATE akaun ni lah yang banyak guna perkataan sarkastik. Saya syak ini kerja budak-budak sekolah yang tak matang mana lagi.
Saya cakap begini kerana saya sendiri pernah ada pengalaman itu. Seorang saudara saya, telah difitnah, fitnah yang sangat teruk di laman sosial, beberapa tahun lalu. Kami bawa kepada pakar IT dan dalam masa tak sampai dua hari, kami boleh tahu banyak benda, siapa dalang di sebalik fitnah yang tersebar, mudah saja pun.
Tidak tahu membuli di alam siber salah
Tiba-tiba banyak pula pemilik PRIVATE akaun sejenis halimunan ini, minta maaf kembali kepada saya. Katanya dia tak tahu bahawa ‘membuli di alam siber’ itu satu kesalahan. Allahuakbar! Patutlah semakin banyak orang kita berani buat posting mengarut, macam macam. Mereka tak tahu ada undang undang untuk ‘pembuli siber’ ni ya….
Apa itu buli siber?
Buli Siber bermaksud perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti SMS, chatting, e-mel, laman web, telefon bimbit dan sebagainya.
YA, menghantar mesej yang menyebabkan si penerima merasa terganggu, trauma dan takut itulah Buli Siber. Gangguan seperti ini dikomunikasikan melalui e-mel. Kata Dr Hargeet Kaur, Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian Buli Siber tidak diketahui kerana ramai mangsa Buli Siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.
Jenis-jenis Buli Siber
• Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.
• Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.
• Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
• Sexting (tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).
• Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet.
Pembuli Siber juga lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber. Dahsyatnya lagi, Buli Siber boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
Apakah kesan buli siber?
Tolong…tolong saya kawan-kawan semua.
Kongsikan mesej ini. Hantarkan mesej ini dan kongsi dengan sekian banyak kawan-kawan kita, orang yang kita sayang.
Anak-anak kita terutamanya….
Biarlah anak-anak kita menjadi manusia yang tahu menghormati orang lain, yang tinggi akhlak dan kuat jati dirinya. Kalau kerana seorang artis kesayangan, atau kalau kerana mahu dilihat menang dalam sesuatu isu, janganlah sampai menggunakan ayat atau perkataan yang boleh menjatuhkan dan merendahkan martabat dan nama baik diri sendiri dan ibu bapa juga.
– Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment