Hi! Welcome Back and Stay Tune! JKM Beri Kauseling Mangsa Terselamat Kejadian Tanah Runtuh Di Tongod - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JKM Beri Kauseling Mangsa Terselamat Kejadian Tanah Runtuh Di Tongod

SANDAKAN: Pegawai kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memberikan kaunseling kepada dua mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Sen Fu, Tongod, Kinabatangan, Sabtu lepas.

Pegawai JKM Daerah Tongod Nuslindah Imbaran berkata dua mangsa berkenaan adalah Abdul Bin Kahalayan, 50, dan anak lelakinya Julaslam, 19.

Katanya kaunseling diberikan oleh seorang kaunselor JKM Bahagian Sandakan ketika melawat Abdul dan anaknya di Kampung Pinangah, Tongod, semalam.

Kaunseling diberikan bagi mengurangkan rasa trauma kepada mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh itu, katanya kepada Bernama, hari ini.

Tiga terselamat dalam kejadian itu termasuk isteri Abdul, Zaleha Mandaya, 40, yang kini menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Nuslindah berkata pihaknya bersama sukarelawan JKM Bahagian Sandakan juga mengagihkan sumbangan pakaian terpakai, air minuman dan makanan kering kepada Abdul.

Menurutnya bantuan susulan kepada keluarga mangsa yang terselamat akan diagihkan bergantung kepada keperluan semasa.

Pada kejadian 1 April lepas, banjir lumpur akibat tanah runtuh menghempap tiga rumah pekerja di ladang kelapa sawit itu menyebabkan lapan penghuni rumah berkenaan hilang dihanyutkan banjir lumpur.

Sehingga semalam, lima mayat mangsa yang hilang telah ditemukan di sungai Pinangah oleh pasukan mencari dan menyelamat.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nCNAxQ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.