Chong Wei Mudah Lepasi Pusingan Pertama
DATUK Lee Chong Wei meraikan kemenangannya mengalahkan pemain dari England, Rajiv Guisep, dalam perlawanan Kejohanan Terbuka Malaysia 2017, Celcom axiata di Stadium Perpaduan Negeri Petra Jaya Kuching. – Foto Nadim Bokhari
KUCHING: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak menghampakan penonton yang hadir bagi menyaksikan aksinya di pusingan pertama Terbuka Malaysia apabila menewaskan pemain England, Rajiv Ouseph, sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium Perpaduan Kuching itu, pemain nombor satu dunia berkenaan mengesahkan tempat ke pusingan kedua dengan kemenangan 21-16, 21-18 ke atas Rajiv.
Kemenangan itu menyaksikan Chong Wei akan berdepan pemenang perlawanan antara pemain Denmark, Anders Antonsen dengan Hu Yun untuk perebutan tempat ke suku akhir, esok.
Sementara itu, bintang muda negara, Goh Jin Wei turut mara ke pusingan kedua acara perseorangan wanita apabila menewaskan pemain Indonesia, Yulia Yusephin Susanto 21-15, 20-22, 21-17 dalam aksi pusingan pertama.
Bekas juara remaja dunia 2015 itu akan menentang pemain China, Chen Yufei pada aksi pusingan kedua, esok.
Bagaimanapun, dua lagi pemain perseorangan wanita negara, Lim Yin Fun dan Sonia Cheah terkandas di pusingan pertama hari ini.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oCHpyo✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment