Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedah Setuju Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam Dibuka 24 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedah Setuju Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam Dibuka 24 Jam

ALOR SETAR: Kerajaan negeri secara dasarnya bersetuju dengan hasrat kerajaan pusat supaya pintu sempadan dengan Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah dibuka secara 24 jam berbanding 18 jam pada ketika ini.

Pintu sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam pada masa ini beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata langkah melanjutkan operasi pintu sempadan itu telah mendapat persetujuan perdana menteri pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-128 di Putrajaya, pada Februari lepas.

“Langkah itu bagi menggalakkan kemasukan pelancong asing dan kurangkan masalah trafik di ICQ terutamanya pada waktu puncak,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromsi dengan soal keselamatan dan telah meneliti semua isu berbangkit termasuk kemampuan agensi penguatkuasaan yang bertugas di CIQ itu sebelum membuat keputusan itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Zaini Jaapar (BN-Bukit Kayu Hitam) yang mahu tahu tujuan kerajaan membuka pintu sempadan 24 jam dan adakah kerajaan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.

Ahmad Bashah berkata lanjutan operasi 24 jam CIQ itu dijangka mampu memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi kerajaan negeri khususnya membabitkan kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).

“Kita boleh mendapat keuntungan dari sudut pengangkutan (caj dan sebagainya) apabila pelbagai kenderaan dari Thailand terutamanya yang bawa barang-barang pertanian, sayur, buah-buahan masuk ke negara,” katanya.

Malah, katanya, rancangan itu mampu merubah wajah Bukit Kayu Hitam kepada kawasan perindustrian yang lebih maju memandangkan kerajaan negeri merancang mewujudkan Zon Bebas Cukai di atas tanah seluas 2,428 hektar di kawasan itu.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ookpm4

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.